comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pasangan tunggang motosikal curi ditahan

FOTO: PDRM

SUBANG JAYA: Tindakan pasangan menunggang motosikal curi mengundang padah apabila ditahan polis di kawasan stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian 3 pagi itu, polis peronda (MPV) yang melakukan rondaan melihat lelaki dan wanita menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan melalui sistem MCAD Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas nombor pendaftaran motosikal itu mendapati ia dilaporkan hilang bersabit kes di Pandamaran, Klang.

“Suspek ditahan dan motosikal itu dirampas sebelum dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan selanjutnya.

“PDRM khususnya IPD Subang Jaya ingin menyarankan kepada masyarakat supaya melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada balai polis yang berhampiran dengan kadar segera,” katanya kepada Harian Metro malam ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini