comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Global: RM19.9 juta aset GISBH telah dibeku dan disita, RM52.4 juta lagi aset di luar negara dikesan

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Polis telah melaksanakan pembekuan dan penyitaan aset milik syarikat GISB Holdings (GISBH) bernilai RM19.9 juta sepanjang Op Global sejak 11 September lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tindakan sitaan dan pembekuan itu dibawah beberapa akta.

“PDRM telah melaksanakan pembekuan dibawah Seksyen 44 membawa jumlah RM17 juta, manakala penyitaan dibawah seksyen 45 (2) membawa jumlah RM2.8 juta.

“Jumlah keseluruhan pembekuan dan penyitaan hampir RM19.9 juta,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini. – FOTO: NSTP

Tambah Mohd Shuhaily, siasatan lanjut mendapati syarikat itu juga mempunyai 23 aset di luar negara membabitkan 10 buah negara dianggarkan bernilai RM52.4 juta.

“PDRM telah memperolehi maklumat mengenai 23 harta milik GISBH di luar negara melibatkan 10 buah negara, dianggarkan bernilai RM52.4 juta.

“Kita masih dalam usaha mengumpul maklumat daripada di luar negara berkaitan aset GISBH di luar negara,”katanya lagi.

Bagaimanapun, PDRM tambah Mohd Shuhaily, masih menunggu pengesahan harta tersebut dari negara terlibat bagi tindakan pembekuan dan penyitaan dibawah Akta 613.

Mengulas lanjut mengenai aset GIBSH di luar negara, PDRM jelasnya sedang menunggu sembilan rakan serantau (pihak berkuasa) bagi mengenal pasti aset GIBSH di sembilan buah negara lain.

Ia termasuk di rantau Asia Tenggara, Eropah dan Timur Tengah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini