comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Global: Polis sangkal dakwaan abaikan haiwan dirampas

Foto: NSTP

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa polis mengabaikan haiwan yang dirampas dari premis milik Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata sebelum perintah pelupusan diperoleh daripada mahkamah, PDRM merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan makan dan minum haiwan yang dirampas.

“PDRM turut terkesan beberapa komen negatif menerusi media sosial yang mendakwa pihak polis telah mengabaikan haiwan yang dirampas daripada premis milik GISBH.

“PDRM menafikan tuduhan tersebut yang mana secara hakikatnya, satu tindakan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan telah diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media berkenaan Op Global di PULAPOL di ibu negara hari ini.

Tambahnya, tindakan kerjasama itu kini sedang dilaksanakan bagi menjalankan pemeriksaan dan penjagaan terhadap haiwan-haiwan yang dirampas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini