comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Global: Polis percaya GISBH masih mengamalkan Aurad Muhammadiah

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) masih mengamalkan Aurad Muhammadiyah yang sebelum ini diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1994.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya percaya kumpulan itu masih mengamalkannya susulan penemuan buku-buku berkaitan Abuya Ashaari.

“Kita percaya dan daripada risikan, maklumat dan juga kenyataan yang kita dapat.

“GISBH ni masih mengamalkan tarekat Aurad Muhammadiah ini. pasal ada buku Abuya, ada dia punya zikir-zikir dia sendiri,” katanya dalam satu sidang media berkaitan Op Global di PULAPOL di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut soal akidah dan menyerahkannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sabtu lalu, puluhan buku berkaitan ajaran dan doktrin yang diperjuangkan GISBH ditanam di tepi sungai berdekatan kediaman pengikut kumpulan berkenaan di Kampung Panji, di Kelantan.

Difahamkan, buku terbabit dipercayai ditanam selepas Ketua Pegawai Eksekutif GISBH ditahan polis Khamis lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini