comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Global: Polis fokus selesaikan siasatan – KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR: Tumpuan utama pihak polis kini adalah menyelesaikan siasatan susulan serbuan membabitkan 20 rumah kebajikan berkaitan Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Op Global, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan menumpukan siasatan terhadap serbuan berkenaan terlebih dahulu.

“Kita akan selesaikan siasatan yang ini dulu, apabila sudah selesai baru kita akan fikirkan (panggil untuk bantu siasatan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan kenyataan Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali yang mengakui terdapat beberapa kes liwat berlaku membabitkan individu dalam organisasi berkenaan.

Bagaimanapun, Nasirudin dilaporkan, kejadian itu cuma satu atau dua kes sahaja.

Nasiruddin dilapor berkata, dakwaan berhubung isu itu disifatkan sebagai tidak berasas kerana tidak mempunyai bukti.

Perkara berkenaan pernah dibincang selain mengakui GISBH memang mempunyai kesalahan dari segi perundangan.

Beliau bagaimanapun dilaporkan tidak menjelaskan bentuk kesalahan terbabit mahupun pihak yang mengadakan perbincangan bersama GISBH sebelum ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini