comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Global Fasa 4: 156 ditangkap, 187 mangsa diselamatkan

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap 156 individu yang mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH)menerusi Op Global yang masuk fasa keempat sejak 21 September lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya turut menyelamatkan 187 mangsa termasuk 59 kanak-kanak bawah umur 5 tahun.

“Bawah 5 tahun 59 orang, 6-12 tahun ada 75 orang, 13-17 tahun 40 orang, 18 tahun ke atas ada 13 orang, kesemua mangsa ini telah menjalankan saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diletakkan di Rumah Selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL).

Katanya kesemua suspek direman sehingga 28 September.

32 kertas siasatan juga telah dibuka atas pelbagai kesalahan.

Menurut beliau, 59 daripada 280 premis berkaitan GISBH berjaya diserbu manakala 221 lagi didapati telah kosong.

Pihaknya percaya ahli GISBH berkenaan telah melarikan diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini