comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Global: 6 ditahan reman berkait kes pengabaian, amang seksual, cabul kanak-kanak

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. FOTO: NSTP

Oleh: Fareez Azman

KUANTAN: 6 suspek ditahan reman selepas dipercayai terlibat dalam pengabaian serta penganiayaan, amang seksual dan cabul terhadap kanak-kanak di Port Dickson.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ia susulan beberapa laporan polis diterima pihaknya, dengan lapan kertas siasatan telah dibuka.

“Dipercayai seramai enam orang suspek yang telah ditahan terlibat dengan kes yang disiasat di Negeri Sembilan yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan.

“Reman kesemua suspek dibenarkan sehingga 12,13 dan 15 September 2024. Suspek dalam kes ini terdiri daripada ustaz, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian,” jelasnya dalam sidang media di IPK Pahang sebentar tadi.

Kes disiasat dibawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, juga Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 serta 14 Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

Loading...
Terkini