Tumpuan :
Jenayah

Minta rasuah RM5,000, dua jurutera jabatan kerajaan ditahan SPRM 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Dua penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5,000.

Difahamkan, ia sebagai balasan membantu pemilik syarikat mendapatkan projek penyelenggaraan dan naik taraf sekolah bernilai kira-kira RM70,000.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 40-an dan 50-an itu ditahan secara berasingan di pejabat SPRM Perak ketika hadir memberi keterangan.

“Suspek pertama ditahan kira-kira 2.30 petang semalam manakala suspek kedua ditahan kira-kira 1.30 pagi tadi kerana disyaki bersubahat dengan suspek pertama.

“Kedua-dua suspek juga dipercayai meminta rasuah daripada beberapa pihak berkaitan projek lain bagi membantu mendapatkan tawaran kerja yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, SPRM memohon perintah reman di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, dan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus membenarkan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 25 Oktober.

Loading...
Terkini