comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Tuntut fasakh punca lelaki bunuh isteri di hotel – Polis

 

BATU GAJAH: Lelaki yang menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dalam kejadian di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, pusat bandar Batu Gajah, di sini hari ini dikatakan menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, motif suspek berusia 36 tahun itu membunuh wanita berumur 32 tahun berkenaan, dipercayai kerana  suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh.

Katanya, siasatan polis menemukan susuk badan mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel itu, dengan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

“Semakan mendapati suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian, iaitu pada 19 Jun (semalam).

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun sudah dipujuk,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Md Noor Aehawan dalam pada itu turut mengesahkan bahawa selepas menikam isterinya itu, suspek kemudiannya datang sendiri ke Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang tadi untuk menyerah diri.

“Susupek kemudiannya ditangkap untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Aaiaten Superintendan V K Gunaselan di talian 0123634341 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, seorang lelaki bertindak menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dalam kejadian di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, pusat bandar Batu Gajah, di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini