Tumpuan :
Jenayah

Menyamar sebagai tetamu majlis kahwin sebelum larikan wang tunai

Seorang wanita didakwa mengambil wang tunai di sebuah majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan, di Pasir Mas, tular di media sosial sejak semalam. – Foto tular

PASIR MAS: Seorang wanita yang didakwa menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan sebelum melarikan wang tunai RM2,500 di Kampung Tasek Berangan di sini, menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu sekitar jam 12.42 tengah hari, suspek dipercayai memasuki rumah pengantin dengan alasan menumpang tandas sebelum mengambil wang yang disimpan di ruang tamu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 38 saat menunjukkan wanita bertudung dan berbaju kurung itu keluar dari tandas, menuju ke ruang tamu di mana terdapat dua kanak-kanak sedang bermain. Dia kemudian mengambil sebuah beg tangan di atas almari yang dipercayai milik tuan rumah, sebelum beredar dari lokasi.

Wanita tersebut disyaki bukan tetamu jemputan dan tidak dikenali oleh pihak keluarga pengantin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, memaklumkan bahawa setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini