Tumpuan :
Jenayah

Mayat tanpa identiti ditemui terapung

FOTO: Ihsan PDRM

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Polis menemui mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan terapung di Sungai Damansara jam 11.14 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan masih berpakaian lengkap.

Menurutnya lagi, penemuan mayat berkenaan berhampiran bangunan gudang Xin Hua di Seksyen 22, Shah Alam, Selangor.

“Si mati yang dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan memakai t-shirt warna merah hitam berlengan pendek dan hanya memakai seluar panjang berwarna gelap dan tiada kesan suntikan BCG pada bahagian bahu kiri.

“Pemeriksaan ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh simati yang boleh menyebabkan kematian simati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat telah dibawa ke Hospital Shah Alam pagi ini bagi tujuan bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

Siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini