comscore
Tumpuan :
Jenayah

Mayat lelaki ditemui dalam keadaan bogel dengan kesan lebam

Lokasi mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan kawasan perindustrian Kampung Cheras Baru. – FOTO: Ihsan Pembaca

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati disyaki dibunuh di tepi jalan kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru di sini, hari ini.

Mayat lelaki tempatan itu ditemui kira-kira jam 6 pagi dalam keadaan bogel dan terdapat beberapa kesan kecederaan serta lebam di bahagian badannya.

Saksi mahu dikenali Chang, 52, berkata, dia tiba di kilang tempatnya bekerja dan melihat kehadiran kenderaan polis di lokasi.

“Saya lihat satu mayat terbaring dalam keadaan berbogel di tepi jalan dekat tempat pembuangan sampah.

“Terdapat banyak kesan lebam seperti dipukul dan kemungkinan mangsa mati sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika ditemui mengesahkan penemuan mayat terbabit.

Beliau berkata, mayat sudah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras di sini, untuk bedah siasat dan mengenalpasti punca kematian.

Loading...
Terkini