comscore
Tumpuan :
Jenayah

Mayat bayi ditemui tertanam dalam simen 

Keadaan lantai simen parkir yang membawa kepada penemuan mayat seorang bayi di Taman Sri Rokam, Ipoh, pagi tadi. – FOTO: NSTP

IPOH: Mayat bayi ditemukan ditanam di bahagian parkir bersimen sebuah rumah dekat di Taman Sri Rokam di sini, hari ini.

Difahamkan, mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemukan dalam keadaan dibaluti kain sarung oleh seorang lelaki ketika sedang membuat kerja baik pulih rumah yang hendak disewanya itu.

Mayat bayi terbabit ditemukan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Difahamkan pengadu mengorek tanah di kawasan itu untuk meletakkan bancuhan simen kerana mahu menyimen semula lantai tempat letak kereta, sebelum terjumpa cebisan kain sarung.

Pengadu dikatakan menarik kain berkenaan yang membawa kepada penemuan mayat bayi di sebalik kain itu.

Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat, sekitar jam 12 tengahari susulan insiden berkenaan.

Sementara itu, pengesahan dan maklumat lanjut mengenai penemuan mayat itu sedang diusahakan daripada polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini