comscore
Tumpuan :
Jenayah

Maut dipukul teman lelaki: Punca kematian kecederaan kepala akibat trauma tumpul

IPOH: Punca kematian wanita yang maut dipukul oleh teman lelaki di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon semalam adalah kecederaan akibat trauma tumpul.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ia diperolehi hasil proses bedah siasat ke atas mayat wanita berusia 24 tahun itu yang selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Artikel berkaitan: Wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan kepala dan intra abdomen akibat trauma tumpul.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa ditahan bersama tiga yang lain termasuk ibu suspek bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada pukul 4.34 pagi itu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di atas katil.

Berdasarkan siasatan awal, suspek yang tinggal bersama mangsa dan bayi lelaki berusia lapan bulan mengaku memukul wanita terbabit menggunakan batang penyapu.

Tangkapan terhadap suspek membawa kepada rampasan empat unit telefon bimbit dan batang penyapu yang dijadikan senjata untuk memukul mangsa.

Loading...
Terkini