comscore
Tumpuan :
Jenayah

Maritim tahan lima nelayan asing

FOTO: MARITIM Selangor

SUNGAI BESAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan lima warga asing menerusi Op Ehsan di perairan Sungai Besar, semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar, berkata pihaknya menahan sebuah bot nelayan tempatan dikendalikan seorang tekong dan empat kru di kedudukan 5.2 batu nautika Sungai Besar di sini, pada jam 12.50 tengah hari.

“Pemeriksaan mendapati semua warga asing berusia 31 hingga 54 tahun terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

FOTO: MARITIM Selangor

“Pemilik bot juga didapati menggaji pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Siva Kumar berkata, pihaknya turut menemui kira 200 kilogram (kg) ikan campur dan peralatan menangkap ikan di atas bot berkenaan.

Beliau berkata, semua warga asing dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Loading...
Terkini