Tumpuan :
Jenayah

Lesen memandu ‘gerenti lulus’: Seorang lagi pengajar direman tujuh hari oleh SPRM

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang lelaki yang juga pengajar di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang calon ujian memandu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 70-an dan bekerja di sebuah sekolah memandu di Petaling Jaya itu dipercayai ditahan kira-kira jam 3 petang selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor, semalam.

Penahanan lelaki itu adalah susulan daripada penahanan reman selama lima hari membabitkan seorang wanita yang juga pekerja sambilan di sekolah memandu itu semalam kerana disyaki meminta wang berjumlah RM650 daripada salah seorang calon ujian memandu sebagai dorongan bagi mendapatkan lesean ‘gerenti lulus’.

Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 Februari depan dikeluarkan oleh Majistret M Mageshwary di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan suspek lelaki tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini