comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Lelaki warga Pakistan maut ditikam

FOTO: NSTP

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas ditikam seorang lelaki disyaki warga tempatan dalam kejadian di Pulau Tikus di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Lee Swee Sake berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang dan mangsa berusia 48 tahun yang cedera parah telah dibawa ke sebuah klinik swasta di Jalan Datuk Keramat di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa dibawa ke klinik swasta tersebut oleh rakannya sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira 6 petang tadi dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek dan mengenal pasti punca insiden tersebut berlaku.

FOTO: NSTP

Lee berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini