comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki, wanita ditahan polis bagi membantu kes dera kanak-kanak

KLUANG: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan bagi membantu kes seorang kanak-kanak disyaki didera susulan terdapat kesan dera di badannya.

Mereka ditahan pada Rabu oleh sepasukan polis dari ibu pejabat polis Kluang diperkarangan Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom selepas polis menerima aduan dari seorang doktor yang bertugas di wad kecemasan hospital terbabit.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh dalam satu kenyataan memaklumkan semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah mahupun barang terlarang.

“Hasil saringan air kencing kedua-dua suspek juga negatif” katanya.

Kes disiasat dibawah seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 20 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi Ibu pejabat Polis Kluang di talian 07-7784222 atau Hotline 07-7784256.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini