comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki tabur paku atas jalan ditahan polis

Tangkap layar video tular

BATU GAJAH: Pemilik kereta Nissan Almera yang tular dipercayai menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing, di sini, sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, memaklumkan lelaki berumur 45 tahun itu ditahan di Changkat Larang, Lahat, Ipoh, jam 3 pagi Sabtu.

Katanya, suspek ditahan hanya selepas lima jam video kejadian itu dikesan pihaknya tular di media sosial, semalam.

Beliau berkata, suspek kini direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya ketika dihubungi.

Pagi tadi, Mohamad Roy dilapor berkata, pihaknya mengesan pelaku selepas meneliti video berdurasi 24 saat itu yang dipercayai mula tular di media sosial sejak Khamis lalu.

Beliau mengesahkan turut menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengguna jalan raya yang tayar kenderaan mereka bocor selepas melalui kawasan itu.

Loading...
Terkini