BATU GAJAH: Seorang lelaki bertindak menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dalam kejadian di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, di sini hari ini.
Difahamkan, lelaki berusia 36 tahun itu datang sendiri ke kaunter aduan Balai Polis Batu Gajah kira-kira 2 petang tadi untuk menyerah diri dengan memaklumkan dia sudah membunuh isterinya dalam bilik di hotel itu.
Pembunuhan dipercayai berpunca daripada isu keretakan dalam rumah tangga yang menghampiri penceraian.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu serta perbuatan suspek yang datang sendiri ke balai polis untuk menyerah diri.
“Ya, benar,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Mohd Yusri berkata, kenyataan media berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.