comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki Pakistan maut ditikam dengan pemutar skru: Seorang wanita, 7 lelaki ditahan

GEORGETOWN: Seorang wanita antara lapan ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki warga Pakistan yang ditikam menggunakan pemutar skru di sebuah kedai buah di Pulau Tikus, di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 58 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di negeri ini awal pagi tadi.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada pemilik, pekerja kedai buah serta pemilik kedai motosikal bersebelahan dengan kedai buah itu,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Swee Sake berkata, usaha mengesan suspek utama masih giat dijalankan ketika ini.

Semalam, seorang lelaki warga Pakistan dilaporkan ditikam sehingga mati oleh seorang lelaki tempatan.

Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 48 tahun dikatakan cuba mencuri minuman keras di kedai berkenaan dan ia disedari pemilik premis.

Difahamkan, ketika pemilik premis menegur perbuatan lelaki itu, tiba-tiba seorang pelanggan yang datang ke kedainya bertindak menikam mangsa menggunakan pemutar skru.

Satu tikaman dikatakan terkena di bahagian dada manakala tiga lagi di belakang badan mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini