comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki pakai rantai emas RM100,000 kena samun 

MIRI: Seorang lelaki berputih mata apabila rantai emas bernilai RM100,000 yang dipakai disamun dua lelaki di belakang bangunan sebuah pasar raya di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat mangsa warga tempatan mendakwa dirompak dua lelaki pada awal pagi, 15 Jun lalu.

“Dalam kejadian itu, salah seorang suspek yang mengacu sebilah pisau merampas seutas rantai emas pada leher mangsa.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta Honda Jazz berwarna kelabu,” katanya tadi.

Alexson menambah, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya kes disiasat itu kini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil atau menghubung menghubungi talian 085-433730.

Alexson turut menasihati orang ramai supaya tidak memakai barang kemas yang berlebihan kerana ia boleh menjadikan mereka sebagai mangsa penjenayah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini