comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki maut selepas bergaduh, lapan individu diburu

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan senjata tajam, di Jalan Trus di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata mayat mangsa, ditemukan dengan beberapa kecederaan di anggota badannya.

Beliau berkata antara kecederaan pada mangsa yang berusia 24 tahun itu seperti tetakan di kepala, punggung, bahu, tangan dan pergelangan tangan.

“Kejadian berkenaan dipercayai berlaku antara pukul 12.45 tengah malam hingga pukul 1.08 pagi dan kini polis sedang mengesan lapan individu, yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan.

“Kesemua mereka menaiki kereta Perodua Viva berwarna putih dan Toyota Vios berwarna hijau,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Jelas Raub, pihaknya juga masih menyiasat punca pergaduhan berkenaan mangsa dengan lapan individu warga tempatan yang lain.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-218 2323 atau Pegawai Penyiasat Kanan ASP Kong Hock Peng di talian 019-730 8888.– BERNAMA

Loading...
Terkini