
JITRA: Seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di kawasan jalan raya Bukit Kechik, Napoh, di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek berketurunan Cina ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta dan dalam keadaan berlumuran darah.
Mengikut laporan awal, kejadian berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota polis sedang melakukan rondaan Op Laras.
Suspek yang bersenjatakan sepucuk pistol menaiki kereta jenis Proton Saga.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh bersama timbalannya, Senior Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah melakukan tinjauan di lokasi dan dijangka mengadakan sidang media berhubung kejadian itu sebentar nanti.
View this post on Instagram
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.