comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki larikan dua kanak-kanak ditahan

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang disyaki melarikan dua kanak-kanak perempuan di Jeram, Kuala Selangor, Jumaat lalu ditahan polis awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata suspek kini direman lima hari untuk siasatan lanjut.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihak polis Kuala Selangor menerima laporan berhubung dua orang kanak-kanak perempuan berusia 8 dan 6 tahun dilarikan oleh seorang lelaki pada jam 6.30 petang, Jumaat lalu.

Kedua-dua mangsa ketika itu sedang bermain di depan rumah mereka di Taman Ikan Emas.

Hasil siasatan, sepasukan polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Jeram dan berjaya menahan suspek berusia 32 tahun jam 2.40 pagi tadi.

Ketika serbuan katanya, tiada cubaan melarikan diri dan suspek memberi kerjasama.

Jelas beliau, motif kejadian masih dalam siasatan.

Semalam Buletin Utama melaporkan dua kanak-kanak perempuan dilarikan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta di Jeram.

Suspek terlebih dahulu dikatakan mengumpan wang RM50 kepada mangsa.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun ditinggalkan tidak jauh dari lokasi dilarikan dan ditemui dalam keadaan selamat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini