comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki ditahan cuba lari dari SJR

Foto hiasan

TAWAU: Polis terpaksa bertindak mengacukan pistol terhadap seorang lelaki selepas dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Utara, berhampiran sebuah sekolah rendah agama, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 10.30 pagi, suspek berumur 35 tahun itu dikatakan bertindak cuba melarikan selepas kereta dipandunya terbabas ketika melalui kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, dalam kenyataannya mengesahkan kejadian berkenaan dan suspek berjaya ditahan pada hari yang sama.

Menurutnya, berikutan itu polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 yang membabitkan kesalahan gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Siasatan masih dijalankan dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Terdahulu, dua rakaman video masing-masing berdurasi tujuh dan 14 saat memaparkan seorang anggota polis trafik mengejar suspek lelaki berbaju kuning, tular di aplikasi Whatsapp sejak kelmarin.

Menerusi rakaman video itu juga, suspek dilihat cuba berlindung berhampiran seorang penunggang motosikal yang berada di situ, ketika anggota polis trafik sedang mengacukan pistol sebelum bertindak melarikan diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini