comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki Ditahan Campak 3 Ekor Kucing Dari Tingkat 15

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan khianat terhadap binatang milik jirannya di Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata suspek berusia 44 tahun itu dipercayai mencampakkan tiga ekor kucing dari tingkat 15 sebuah pangsapuri.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada jam 9.37 malam 17 Oktober lalu.

Kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan PJS 8/9 Petaling Jaya.

Bertindak atas laporan, sepasukan polis telah ke lokasi dan menahan suspek warga tempatan yang juga menyewa di pangsapuri tersebut.

Polis turut menemui tiga bangkai kucing di lokasi.

Hasil siasatan, suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan khianat terhadap haiwan.

Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini