comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki direman 4 hari bantu siasatan proses, bungkus air ketum

FOTO: PDRM

Oleh: Zahir Senapiah

PONTIAN: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah cecair dan daun hijau dipercayai ketum dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Saujana, dekat sini, 18 Julai lalu.

Ketua Polis daerah Pontian, Superitanden Shofee  Tayib berkata, antara yang dirampas 16 botol yang mengandungi cecair disyaki air ketum dengan anggaran berat 24 liter dan satu bungkusan yang mengandungi daun hijau dipercayai ketum dengan anggaran berat 300 gram.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek bebas dari barangan terlarang dan semakan rekod juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod pembabitan dengan dadah mahupun jenayah” katanya dalam satu kenyataan.

FOTO: PDRM

Tambahnya,  berdasarkan siasatan awal mendapati modus operandi suspek adalah menjadikan rumah sebagai tempat memasak dan memproses serta membungkus daun ketam sejak bulan Mei lalu.

Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk memproses daun ketum termasuk satu periuk aluminium berwarna Perak, satu unit dapur, satu tong gas dan satu tong plastik lutsinar.

Suspek direman selama empat hari bermula 19 Julai lalu dan kes disiasat dibawah Seksyen 30(3) Akta racun 1952.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda RM100, 000 atau kedua-duanya sekali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini