PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah kondominium di Cheras, ibu negara.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin mengesahkan suspek berusia 31 tahun itu dikini direman sehingga 28 Mac ini.
Tambah beliau, suspek adalah penyewa rumah berkenaan dan tangkapan dilakukan di Cheras.
Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.
Laporan lanjut menyusul.