KULAI: Polis menahan reman seorang lelaki selama dua hari bagi membantu kes bendera Jalur Gemilang dipasang terbalik di premis kawasan perindustrian Senai.
Gambar bendera terbalik itu tular di media sosial sejak Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 45 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Senai, semalam.
Katanya, suspek dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.
Kes di siasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963 (Penggunaan Tidak Wajar) / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Dalam satu kenyataan Tok juga memaklumkan Jalur Gemilang berkenaan masih dalam keadaan terbalik apabila anggota polis tiba dilokasi semalam.