KUALA SELANGOR: Suspek lelaki kes ceroboh rumah dan menumbuk seorang wanita warga emas di Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan, di sini Selasa lalu, akan dihadapkan ke mahkamah esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Kuala Selangor pada jam 8 pagi.
“Lelaki berusia 34 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 447/323 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas ketika dihubungi, malam ini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga emas berumur 73 tahun cedera ditumbuk seorang suspek yang tinggal berjiran dengannya.
Lelaki yang diburu polis selama lima hari itu mempunyai dua rekod jenayah dan tiga rekod dadah, berjaya ditahan di tepi Jalan Perusahaan, Bandar Baru Kuala Selangor.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.