comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki cedera parah ditetak, suspek ditahan polis kurang 24 jam

Foto hiasan

TAIPING: Seorang lelaki cedera parah selepas ditetak seorang lelaki di bandar ini, semalam.

Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pada jam 7.20 malam pihanknya menerima laporan dari seorang wanita mengenai kejadian terbabit, di mana mangsa berusia 29 tahun adalah suami kepada wanita berkenaan.

Menurutnya susulan laporan yang diterima, sepasukan pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah digerakkan bagi mengesan suspek.

“Susulan dari itu, kurang 24 jam pihak polis berjaya menahan suspek berusia 25 tahun di kawasan Taiping.

“Hasil siasatan mendapati motif kejadian berpunca dari perasaan cemburu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat,” katanya dalam kenyataan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini