comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki bekal mercun kena tahan

Foto ihsan PDRM

PETALING JAYA: Kegiatan lelaki membekalkan pelbagai mercun terbongkar selepas serbuan di rumah teres dua tingkat di kawasan Saujana Damansara di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar berkata, serbuan itu dilakukan pihaknya pada 4.30 petang, semalam.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 22 kotak dengan setiap daripadanya mengandungi 40 mercun ‘Happy Boom Red Cracker’ (2.4 meter) bernilai kira-kira RM13,000 dirampas.

“Kami turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang mengaku membekalkan mercun berkenaan (kepada pihak lain),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh disalur ke Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini