comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kronologi PATI lari dari depoh imigresen

Anggota polis membuat sekatan jalan raya sebaik 131 orang tahanan warga Myanmar melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Bidor, Tapah, Perak malam tadi.

TAPAH: Kronologi pendatang asing tanpa izin (PATI) lari dari depoh tahanan imigresen.

20 April 2022 – 700 PATI dari Depoh Sementara Imigresen Relau di Bandar Baharu, Kedah melarikan diri dalam kejadian jam 4 pagi.

Tahanan terbabit terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia melarikan diri beramai-ramai.

Sehari selepas kejadian, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan semula sebahagian daripada tahanan dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu, Kedah dan IPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Kesemua tahanan ditempatkan semula di depoh terbabit sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.

17 Oktober 2020 – 5 PATI melarikan diri daripada Depoh Tahanan Imigresen, Pekan Nenas, Pontian, Johor.

Kesemua tahanan melibatkan pesalah kes imigresen yang dalam proses pengusiran pulang ke negara asal.

Mereka dikesan meloloskan diri dari tahanan setelah pihak imigresen melakukan pemeriksaan.

2 Ogos 2010 – 20 PATI warga Afghanistan berusia antara 25 hingga 40 tahun melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen KLIA.

Mereka dipercayai memotong jeriji dua pintu halangan sebelum menyusup keluar dari depoh berkenaan sekitar jam 3 pagi.

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang perkembangan mengenai tangkapan terhadap PATI terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini