comscore
Tumpuan :
Jenayah

KPDN Perlis rampas 3,500 liter diesel bersubsidi dipercayai untuk seleweng ke negara jiran

Anggota KPDN Perlis sedang meneliti jumlah diesel bersubsidi yang cuba diseleweng menggunakan dua lori 16 tan yang dirampas di Arau. – Foto : Ihsan KPDN Perlis

ARAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis merampas 3,500 liter diesel bersubsidi yang dipercayai cuba diseleweng ke negara jiran dengan menggunakan dua buah lori semalam.

Pengarah KPDN Negeri Perlis, Norazah Jaapar berkata, serbuan ‘Ops Tiris’ yang dijalankan menemui dua buah lori 16 tan itu di satu kawasan lapang di Arau.

“Serbuan ini adalah hasil daripada risikan selama dua minggu oleh pegawai kita yang mendapat maklumat mengenai kegiatan penyelewengan diesel dilakukan di kawasan berkenaan menggunakan lori berkenaan.

“Semasa serbuan, kedua-dua lori itu ditemui tanpa pemandu dan hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan itu mendapati terdapat tangki tambahan pada sebuah lori dan sebuah tangki besi pada sebuah lagi lori yang dirampas itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tangki berkenaan disyaki digunakan untuk mengisi diesel bagi tujuan penyelewengan bahan api berkenaan.

“Anggaran rampasan diesel dianggarkan sebanyak RM7,525.

“Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya.

Loading...
Terkini