Tumpuan :
Jenayah

Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta angkara pelaburan tidak wujud

Foto hiasan

KAJANG: Kontraktor syarikat swasta kerugian lebih RM5.9 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri menerima satu laporan di Kajang yang dibuat mangsa berusia 58 tahun, semalam.

Katanya, mangsa mendakwa kerugian RM5,900,506.48 selepas tertarik dengan iklan pelaburan yang dilihat di Facebook, tahun lalu.

“Mangsa diarahkan suspek untuk memuat turun aplikasi bernama A-trade yang didapati dalam Apple Store dan dia perlu memastikan amaun di dalam akaunnya mencukupi bagi membeli unit saham yang diingini.

“Dia juga membuat transaksi pindahan mengikut arahan diberikan suspek, dengan 30 kali pindahan ke lapan akaun syarikat berbeza secara berperingkat bermula September hingga November 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, mangsa bagaimanapun mendakwa tidak menerima pulangan keuntungan pelaburan yang dijanjikan dan berasa ditipu sebelum membuat laporan polis.

“Laporan dibuat semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini