Tumpuan :
Jenayah

Kes Yap Xin Yuan: Ada sisa bahan terlarang pada mayat mangsa

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Polis mengesahkan terdapat sisa bahan terlarang jenis MDMA (ekstasi) berdasarkan analisis sampel pada mayat remaja 15 tahun, Yap Xin Yuan.

Bagaimanapun polis sedang menunggu laporan bedah siasat dan laporan forensik kes pembunuhan bagi melengkapkan kertas siasatan kes pembunuhan remaja itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, beberapa bahan bukti CCTV juga telah dihantar ke makmal forensik untuk laporan.

Lokasi penemuan mendiang Xin Yuan di (RTB) Sungai Changgang, Banting.

“Kita boleh mengesahkan ada ‘residue’ dalam badan mangsa, tapi kita tak boleh kata itu adalah punca kematian.

“Kita perlukan laporan pakar menyatakan adakah amaun dos dalam badan itu boleh menyebabkan kematian, atau ada sebab lain,” katanya.

Pihaknya juga masih menjalankan siasatan dan mengumpul keterangan lain untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Ada kes-kes yang polis perlukan lebih masa, jadi apabila maksimum reman 14 hari dah tamat, kita kena bagi dia jamin.

“Walaupun kita bagi dia jamin tidak bermakna dia akan dituduh, kita masih menunggu dua laporan ini kita akan rujuk kembali ke Pejabat Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” tambahnya.

28 Disember tahun lalu, mayat reput yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, disahkan Yap Xin Yuan yang hilang selepas menjalani latian tarian pada 19 Disember.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia 16, 20 dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini