Tumpuan :
Jenayah

Kes tipu isteri Along Cham, suspek direman dan ada rekod lampau

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Suami isteri berusia lingkungan 20-an yang ditahan malam tadi masing-masing direman selama empat dan tiga hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata suspek yang ditahan mempunyai 5 kes lampau melibatkan penipuan.

“Kita telahpun (melakukan) tangkapan ke atas dua suspek lah, isteri dan suami.

“Pada hari ini kita reman, isteri dapat 4 hari manakala suami dapat 3 hari lah

“Mereka ini adalah yang berhubungan dengan pengadu, tangkapan yang pertama ni memang ada kes penipuan dalam 5 kes penipuan sebelum ni, ada rekod,” katanya kepada Buletin TV3.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, polis mengesahkan menerima laporan daripada Afreena berhubung kes penipuan dana berjumlah hampir RM100,000.

Sebelum itu, isteri kepada pelawak berkenaan dilaporkan tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika, atas dakwaan menipu wang berjumlah RM95,180.

Afreena dilaporkan berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini