comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes larikan budak, suspek kelima direman 7 hari

 

Oleh: Zahir Senapiah 

JOHOR BAHRU: Suspek kelima kes culik kanak-kanak perempuan di Eco Galleria, Iskandar Puteri Sabtu lalu, direman 7 hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.

Suspek lelaki berumur 31 tahun itu tiba di Mahkamah Johor Bahru jam 3 petang dengan kawalan ketat polis.

Suspek ditahan di sebuah hotel bajet, di Batang Kali, Selangor kira-kira jam 4 pagi tadi.

Susulan penahanan itu polis menemui semula kanak-kanak terbabit, Albertine Leo Jia Hui, 6 tahun yang dipercayai disembunyikan di hotel terbabit.

Pagi tadi, empat suspek lain termasuk dua lelaki dan dua wanita turut direman empat hari di mahkamah sama bagi membantu siasatan kes penculikan berkenaan.

Mereka berumur 28 hingga 55 tahun ditahan di sekitar Gelang Patah, Iskandar Puteri dan di sekitar bandar raya Johor Bahru jam 1.30 petang semalam dan 12.15 tengah malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Sabtu lalu, mangsa hilang dan hanya  disedari bapanya jam 8.30 malam sebelum membuat laporan polis.

Bagaimanapun mangsa ditemukan selamat di sebuah hotel bajet di Batang Kali Selangor awal pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini