comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes kematian kanak-kanak 8 tahun, suami isteri disambung reman

Foto hiasan

GOMBAK: Pasangan suami isteri yang ditahan susulan kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun pada 18 Ogos lalu disambung reman seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, bapa tiri, 29, dan ibu kandung mangsa, 28, itu disambung reman seminggu sehingga 31 Ogos ini selepas tempoh reman mereka tamat semalam.

“Kita juga masih menyiasat motif mangsa dibunuh,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Noor Ariffin berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut.

Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka dan bibir, paha, dagu dan lutut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini