comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes kematian kanak-kanak 8 tahun: Ibu, bapa tiri didakwa esok

GOMBAK: Pasangan suami isteri yang ditahan susulan kes kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia pada 18 Ogos lalu akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini dan mendapat arahan untuk menuduh mereka di Mahkamah Majistret Selayang esok.

Menurutnya, pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut.

Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka dan bibir, paha, dagu dan lutut.

Susulan itu polis menahan bapa tirinya, 29, dan ibu kandungnya, 28, di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini