comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes culik Albertine Leo: Reman suspek disambung 6 hari lagi

 

JOHOR BAHRU: Tempoh reman suspek lelaki yang disyaki menculik kanak-kanak, Albertine Leo Jia Hui, 6 tahun di Pusat Perniagaan di Iskandar Puteri, dilanjutkan enam hari lagi.

Permohonan itu diputuskan Majistret Noorfazlin Hamdan selepas tempoh reman selama 7 hari berakhir hari ini.

Suspek, 31 tahun sebelum ini direman selama tujuh hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut kes culik membabitkan kanak-kanak terbabit.

Suspek sebelum ini ditahan polis bersama kanak-kanak berkenaan dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Batang kali, Selangor.

Sebelum ini empat suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita turut direman bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun mereka dibebaskan dengan jaminan polis Jumaat lalu.

Kes kehilangan Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan pada 20 Julai lalu mencuri tumpuan seluruh negara selepas polis mengklasifikas

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini