comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada suspek lain ditahan – KPN

SETIU: Tiada suspek lain setakat ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, setakat ini hanya kedua ibu bapa kanak-kanak malang itu ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita reman tujuh hari bagi polis Selangor menyiasat. (Akan ada tangkapan lain tak?) Buat masa ini itu sahaja dulu,” katanya.

Beliu berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohonan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 di Lembah Bidong, Setiu.

Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya jam 8.50 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Pasangan itu ditahan reman selama seminggu.

Perintah reman tujuh hari dikeluarkan Majistret Azura Mohd Saad selepas membenarkan permohonan pihak polis.

6 Disember tahun lalu, negara digemparkan dengan kes kematian Zayn Rayyan, 6 tahun selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang.

Mayatnya ditemui di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya di Damansara Damai oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini