Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
PETALING JAYA: Polis Selangor berjaya mengesan dua orang saksi kanak kanak yang memaklumkan melihat Zayn Rayyan di Blok R Apartment Idaman buat kali terakhir sebelum dilaporkan hilang pada hari yang sama 5 Disember lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menerusi satu kenyataan memaklumkan, penemuan terbaharu itu diperolehi hasil saringan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) beramai-ramai yang dijalankan oleh polis bagi mengesan suspek yang membunuh mangsa malang itu.
“Hasil mass screening (ujian saringan beramai-ramai) yang dilakukan ke atas penduduk perumahan apartment itu, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang telah nampak mangsa di tingkat 2 dan tingkat 3 Blok R pada petang 5 Disember lalu”
Justeru, Hussein turut memaklumkan setakat ini polis juga sudah selesai merakam keterangan daripada 86 saksi.
Ujar beliau lagi, masih lagi terdapat proses keterangan yang perlu dirakam oleh pihak polis daripada saksi-saksi lain bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan itu.
“Selain itu, kita juga berjaya memperoleh tambahan 10 lagi sampel DNA penduduk sekaligus jumlah keseluruhan sampel yang berjaya dikumpulkan adalah 238 sampel” katanya menerusi satu kenyataan.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis jumpa sarung kaki di lokasi kejadian
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : Pasukan forensik tiba jam 6:26 petang sambung siasatan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 4 beg sampel forensik dari kediaman mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: ‘Semua berdukacita, harap dapat bersihkan imej keluarga’
- Kes Bunuh Zayn Rayyan: Stor penyimpanan jadi tumpuan siasatan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 228 sampel DNA penduduk diambil
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : ‘Tak mungkin sebab dendam’- datuk mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pakaian Zayn diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis rekod semula keterangan ibu bapa
- [VIDEO] Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak di anak sungai
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Taman permainan bertukar suram, sunyi
- [VIDEO] Operasi mencari petunjuk difokuskan di kawasan mayat dijumpai
- Polis sudah terima rakaman ‘dashcam’ bantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: JPS bantu sedut air di lokasi penemuan mayat Zayn
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit K9 masuk kembali ke Blok R Apartmen Idaman
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Blok R jadi tumpuan Unit Forensik malam ini
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pemeriksaan setiap rumah di Blok R – KP Selangor
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Dua kotak dibawa keluar dari Blok R
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit Forensik PDRM teruskan misi pencarian