comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes bunuh Zayn Rayyan: Pemeriksaan setiap rumah di Blok R – KP Selangor

PETALING JAYA: Pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, malam ini dijalankan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ia dilakukan itu bagi mengumpul lebih banyak bukti untuk melengkapkan siasatan.

“Pemeriksaan malam ini membabitkan anggota daripada Unit Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Unit Forensik dilihat memasuki sekitar pekarangan Blok R Apartmen Idaman pada 7.55 malam.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini