comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes bunuh Zayn Rayyan: Beri ruang polis siasat – KPN

BANDAR PERMAISURI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kanak-kanak itu, yang ditahan di sekitar Puncak Alam Jumaat lepas.

“(Ibu bapa mangsa) masih direman tujuh hari, bagi (masa) polis Selangor untuk siasat,” katanya ketika ditemui Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong, hari ini.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Damansara Damai pada pukul 10 malam 6 Disember lepas, sehari selepas dilaporkan hilang dan berdasarkan bedah siasat, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini