MELAKA: Suspek kes bunuh penyanyi sambilan yang ditemui mati dengan 14 kesan tikaman di rumah sewanya di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Malim, di sini, akan dituduh di mahkamah, Jumaat ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pihaknya sudah menerima semula kertas siasatan kes itu yang dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin.
“Arahan Timbalan Pendakwa Raya adalah untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kita akan tuduh suspek di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat ini,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
Suspek lelaki berusia 54 tahun dan bekerja sebagai pencari besi buruk sebelum ini disambung reman tujuh hari bermula Ahad lalu untuk polis melengkapkan siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.