Oleh: Fareez Azman
HULU SELANGOR: Pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM berjaya menemui sebuah telefon pintar dipercayai milik mangsa Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dalam tali air di jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa sebentar tadi.
Penemuan itu kira-kira jam 12.21 tengahari selepas hampir sejam penyelam menjalankan pencarian di sekitar tali air berkenaan.
Suspek kemudiannya dilihat dibawa keluar dari sebuah kenderaan polis bagi membuat pengecaman telefon pintar berkenaan.
Ketika ini, operasi pencarian masih diteruskan di sekitar kawasan kejadian dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
Operasi pencarian bahan bukti di sekitar lokasi dijalankan anggota dari Unit Forensik PDRM sejak jam 10 pagi tadi.
Difahamkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dijangka tiba di lokasi ini dalam masa terdekat bagi mengadakan sidang media.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Seorang penjawat awam ditahan, susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini
- Wanita dilaporkan hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan
- Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh
- Kes bunuh Farah Kartini: Suspek disahkan anggota polis
- [VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Pasal lelaki itu saya tak tahu apa-apa – Abang mangsa
- Mayat Nur Farah Kartini ditemui hampir reput, sudah meninggal dunia beberapa hari – Polis
- Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus dan adil – KPN
- TERKINI: Bedah siasat Nur Farah Kartini selesai
- Bedah siasat mayat Nur Farah Kartini selesai, tunggu laporan lengkap makmal
- [VIDEO] Jenazah Nur Farah akan dikebumikan di Pekan – Abang