comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes bunuh Farah Kartini: KKM sedia tawar khidmat kaunseling kepada keluarga 

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SUNGAI BULOH: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia menawarkan khidmat kaunseling terhadap ahli keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang berdepan situasi trauma.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, apa yang dialami ahli keluarga merupakan satu perkara yang sukar diterima.

“Kami (KKM) akan tawarkan khidmat psikososial atau kaunseling kepada ‘post trauma’ yang akan berlaku terhadap ahli-ahli keluarga,” katanya.

Beliau ditemui selepas hadir di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh bagi memberikan penghormatan terakhir dan ucapan takziah kepada ahli keluarga.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sibuti itu menyatakan, kes Nur Farah perlu mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Ada keperluan untuk tuntut keadilan agar siasatan yang dijalankan pihak polis dapat selesaikan masalah kes ini… sudah pasti keluarga dalam keadaan trauma,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit menziarahi ahli keluarga mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini