comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Waris tiba di hospital untuk tuntut jenazah

SUNGAI BULOH: Waris Allahyarham Nur Farah Kartini tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh bagi proses menuntut jenazah.

Terdahulu, beberapa ahli keluarga kelihatan tiba sekitar jam 11.10 pagi yang turut disertai beberapa rakan Allahyarham.

Sementara itu, abang mangsa Mohd Farriza Amir Abdullah turut mengesahkan, jenazah akan dikebumikan di Pekan, Pahang namun tidak dapat dipastikan sama ada hari ini atau sebaliknya.

Isnin lalu, mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Susulan daripada penemuan mayat itu, seorang suspek lelaki yang juga merupakan seorang anggota polis direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini